Mukadimah

Aku telah dilantik secara rasmi sebagai Guru Perpustakaan dan Media berkuatkuasa pada 16 Mac 2012. Rujukan : P.T.05009-02/4(52) bertarikh 14 Mac 2012. Lantikan kedua berkuatkuasa pada 1hb November 2013. Rujukan : P.T.08012-9 jld.3(36) bertarikh 26hb Oktober 2013. Aku telah menghadiri Kursus Asas Pengurusan PSS untuk GPM Negeri Terengganu (KOHOT 2) pada 2 - 5 Mei 2011. Kursus selama 4 hari 3 malam ini telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, Terengganu.

Majlis Persaraan

14 Disember 2020 (Isnin) : Kelab Warga, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan aku bermula pada jam 11.30 pagi hari ini. Majlis yang disertai oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di Primula Cafe, Besut, Terengganu.